Meraih Peluang Untuk Wakaf Quran:
“..Pelajar-pelajar Muslim Afrika terpaksa mencatat ayat suci Al-Qur'an di atas papan kayu untuk menghafaz..”
Permintaan Si Mati Jika Diberi Kesempatan Kembali Ke Dunia
Di dalam surah Al-Munafiqun ayat 10 ada menyebut:
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata:
Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”
Hakikat Muslim Afrika Mengenal Islam
Di negara yang minoriti Muslim seperti Afrika, nak kenal Islam peluangnya terhad tuan puan.
Kebanyakannya mereka tak mampu nak menampung kos ke sekolah mahupun untuk membeli sebuah buku kosong dan sebatang pensil.Sedangkan lihat sendiri beg sekolah anak kita, penuh dengan buku dan alat tulis yang elok, cantik-cantik, bertuahnya kita di Malaysia ni Allah kayakan nikmat tuan puan.
Di negara yang minoriti Muslim seperti Afrika, nak kenal Islam peluangnya terhad tuan puan.
Kebanyakannya mereka tak mampu nak menampung kos ke sekolah mahupun untuk membeli sebuah buku kosong dan sebatang pensil.Sedangkan lihat sendiri beg sekolah anak kita, penuh dengan buku dan alat tulis yang elok, cantik-cantik, bertuahnya kita di Malaysia ni Allah kayakan nikmat tuan puan.
10 Orang Bergilir-gilir Kongsi Senaskah Quran
Di rumah, pasti anda mempunyai senaskah al-Quran mahupun lebih untuk kegunaan peribadi, betul?
Tetapi saudara Muslim kita di Afrika sana, nak baca Quran pun perlu bergilir-gilir sehingga hampir
nisbah 10 orang: 1 Quran kerana jumlah Quran yang ada di sana begitu terhad.
Tetapi itulah keadaan anak-anak pelajar Muslim Afrika di madrasah-madrasah sana.
Selalunya apabila sampai giliran mereka, cepat-cepat dicatat kalimah suci Quran di atas papan kayu sambil menghafaz surah tersebut.
Oleh itu, kami Tim NUSRAH PRIHATIN ingin mengambil peluang ini untuk kita di Malaysia mewakafkan naskah Quran buat anak-anak Pelajar Muslim di Afrika.
Serendah RM 50/senaskah
Anda boleh memilih pakej wakaf di ruangan di bawah dan Tim Nusrah Prihatin akan memproses dan salurkan wakaf Quran anda kepada madrasah-madrasah, surau atau masjid di Benua Afrika.
Lebih 50 madrasah di sekitar Benua Afrika disasarkan akan menerima naskah Quran baru ini hasil wakaf kita Rakyat Malaysia, Singapura & Brunei - InsyaAllah
Hadiahkan Pahala Wakaf Buat Ibu Bapa & Kenalan Kita
Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk: Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dengan kita, lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan.
Berapa Jumlah Naskah Quran Diperlukan?
Setakat ini kami sasarkan untuk mengagihkan sebanyak 4,000 naskhah setiap bulan.
Untuk 4000 naskhah ini, jumlah kos yang diperlukan adalah sebanyak RM 200,000 sebulan.
Kebaikan berwakaf ini ada diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas RA, bahwa ketika ibu Saad bin Ubadah meninggal dunia, Saad tidak ada di rumah, lalu ia datang kepada Nabi Muhammad ﷺ untuk bertanya…
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dan ketika itu aku tidak ada,
apakah jika aku bersedekah untuknya, bermanfaat baginya”?
Rasullullah ﷺ menjawab, “Ya”.
Saad berkata: “Saksikanlah bahawa kebunku yang banyak buahnya aku sedekahkan untuknya”. (HR.Bukhari)
Ternyata walaupun orang tua dah pergi meninggalkan kita, kita masih punya satu lagi peluang untuk berbakti kepada mereka dengan amalan kita sebagai anak yang soleh- InsyaAllah.
Bagaimana Nak Berwakaf?
✅ 1 LOT WAKAF [4 NASKHAH QURAN] = RM200 = 1 NAMA PEWAKAF
Kami doakan selagi mana Quran ini dibaca, dihafaz, dikongsi ilmunya kepada saudara Muslim Afrika lain, selagi itu dicatat pahala buat anda yang sama-sama berwakaf. Amin Allahumma Amin.
Nota Penting: Akad Wakaf
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan naskah Quran buat saudara Muslim di Afrika yang dikelola oleh Nusrah Prihatin”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.