Merebut Peluang Untuk Wakaf Telaga Air 4 RAMADAN

“..Penduduk Muslim Afrika terpaksa mencatu air hasil dari tadahan hujan atau pun air lopak untuk penuhi keperluan harian air mereka..”

Penduduk di benua Afrika yang gersang ini, mendapatkan air hanya melalui lopak air yang kita ketahui tidak terjamin kebersihannya. Untuk makan, minum dan juga menjalankan rutin harian mereka seperti mandi & berwudhuk.  


Menurut UNICEF, seramai 4500 kanak-kanak warga Afrika mati setiap hari akibat penyakit bawaan airBermakna seorang kanak-kanak mati setiap 20 saat!


Allahuakbar! Sedih bila dengar perkhabaran ini.



Mereka tiada pilihan! Mereka terpaksa!


Sanggupkah kita melihat mereka sedemikian?



Sebagai Muslim yang prihatin, ayuh bantu mereka dengan mengalirkan air buat mereka!

Lukis senyuman bahagia mensyukuri air dengan asbab KITA! Alhamdulillah 


Bukan sekadar membantu saudara Islam kita dalam kesusahan, malah kita juga dapat. pahala setiap kali air telaga ini mengalir.. InsyaAllah


Sabda Rasulullah ﷺ ; "Ada 7 perkara yang pahalanya akan tetap mengalir bagi seorang hamba. Walaupun sudah terbaring dalam kubur, Iaitu: Ilmu yang diajari, alirkan sungai, GALI TELAGA, tanam kurma, bina masjid, wariskan mushaf, anak yang mendoakannnya." [HR Al-Bazzar]



Dengan berwakaf, InsyaAllah pahala tetap mengalir walaupun telah meninggal dunia. Jom kita Beramal jariah sambil membantu.

Projek Wakaf Telaga kolaborasi Bersama NGO NUSRAH PRIHATIN



PENGENALAN NUSRAH PRIHATIN


Pada 21 Ogos 2016 Nusrah Prihatin didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Nusrah Prihatin Terengganu dengan nombor pendaftaran PPM-002-11-21082016.

Nusrah Prihatin bergiat aktif dalam mengendalikan Program Wakaf Telaga, Wakaf Quran, Wakaf Qurban, Wakaf Aqiqah, Wakaf Pembinaan Tempat Wudhuk dan Pembinaan Surau di negara minoriti Muslim seperti Kemboja dan Afrika.

Selain itu, Nusrah Prihatin juga turut menganjurkan program-program kemasyarakatan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan melalui Nusrah4Ummah seperti bantuan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf, orang tua, ibu tunggal dan mereka yang tak berkemampuan serta terjejas.


Sijil Pendaftaran Pertubuhan Kebajikan Nusrah Prihatin Terengganu

Nombor pendaftaran PPM-002-11-21082016




✅ Bina Telaga Menggunakan Tenaga Buruh Tempatan Afrika


✅ Bukti Proses Pembinaan Telaga akan diupdate kepada peserta


✅ Kami Berpengalaman Dalam Pembinaan Telaga Hampir 10 Tahun

Bukan sahaja air mengalir berterusan, bahkan sumbangan kita membuahkan pahala berterusan buat kita sekeluarga. 
Air tersebut digunakan untuk keperluan harian, makan minum, untuk beribadat, dan terhindar dari penyakit bawaan air. Insya-Allah.


Ayuh sertai Tim NUSRAH PRIHATIN, mengambil peluang ini untuk kita di Malaysia berwakaf salurkan air bersih buat anak-anak & Keluarga Muslim jauh di Afrika sana.


Hadiahkan Pahala Wakaf Buat Ibu Bapa & Kenalan Kita

Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk: Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan




 Rasulullah ﷺ bersabda: 

أفضل الصدقة سقي الماء


Antara sedekah yang paling baik adalah memberi minum air

[HR Ahmad]


APA KATA PEWAKAF??


Bagaimana Nak Berwakaf?

Anda boleh pilih pakej ikut kemampuan:

Kami doakan selagi mana AIR TELAGA YANG MENGALIR digunakan untuk keperluan harian, makan minum, serta beribadat,  oleh penduduk di Afrika sana, selagi itu dicatat pahala buat anda yang sama-sama salurkan sumbangan untuk wakaf telaga ini. Amin Allahumma Amin.


Khas 10 Pewakaf Terawal Hari Ini Sahaja

Nusrah ada berikan e-Book Zikir & Audio Mp3 Zikir (Berdasarkan Hadis Sohih) untuk pewakaf yang berwakaf pada hari ini.


Klik butang WhatsApp di bawah selepas berwakaf untuk dapatkannya. Insyaallah 


Nota Penting: Akad Wakaf

Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:

“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan sumbangan wakaf telaga di Afrika yang dikelola oleh Nusrah Prihatin”

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.








Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Telaga Besar Afrika (1 NAMA) - RM200
Wakaf Telaga Besar Afrika (35 NAMA) - RM7000 untuk 1 TELAGA
Wakaf Telaga Timba Afrika (1 NAMA) - RM200
Wakaf Telaga Timba Afrika (30 NAMA) - RM6000 untuk 1 TELAGA
Wakaf Telaga Besar KEMBOJA (1 NAMA) - RM200
Wakaf Telaga Besar Kemboja (20 NAMA) - RM4000
Wakaf Telaga Pam Kemboja (10 NAMA) - RM2000
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel {wakafkejora@gmail.com} di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet & Mesin Deposit Tunai.
PenamaPertubuhan Kebajikan Nusrah Prihatin
No. Akaun563046318022
Buka Maybank2u  
PenamaPertubuhan Kebajikan Nusrah Prihatin
No. Akaun8602707698
Buka CIMB Clicks  

PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

PERTUBUHAN NUSRAH PRIHATIN TERENGGANU
wakafkejora@gmail.com
+601110866178
Bantuan Lanjut