Merebut Peluang Untuk Wakaf Telaga Air:
“..Penduduk Muslim Afrika terpaksa mencatu air hasil dari tadahan hujan atau pun air lopak untuk penuhi keperluan harian air mereka..”
Penduduk di benua Afrika yang gersang ini, mendapatkan air hanya melalui lopak air yang kita ketahui tidak terjamin kebersihannya. Untuk makan, minum dan juga menjalankan rutin harian mereka seperti mandi & berwudhuk.
Menurut UNICEF, seramai 4500 kanak-kanak warga Afrika mati setiap hari akibat penyakit bawaan air. Bermakna seorang kanak-kanak mati setiap 20 saat!
Allahuakbar! Sedih bila dengar perkhabaran ini.
Mereka tiada pilihan! Mereka terpaksa!
Sanggupkah kita melihat mereka sedemikian?
Sebagai Muslim yang prihatin, ayuh bantu mereka dengan mengalirkan air buat mereka!
Lukis senyuman bahagia mensyukuri air dengan asbab KITA! Alhamdulillah
Bukan sekadar membantu saudara Islam kita dalam kesusahan, malah kita juga dapat. pahala setiap kali air telaga ini mengalir.. InsyaAllah
Sabda Rasulullah ﷺ ; "Ada 7 perkara yang pahalanya akan tetap mengalir bagi seorang hamba. Walaupun sudah terbaring dalam kubur, Iaitu: Ilmu yang diajari, alirkan sungai, GALI TELAGA, tanam kurma, bina masjid, wariskan mushaf, anak yang mendoakannnya." [HR Al-Bazzar]
Dengan berwakaf, dijamin pahala tetap mengalir walaupun telah meninggal dunia. Jom kita Beramal jariah sambil membantu.
Projek Wakaf Telaga kolaborasi Bersama NGO NUSRAH PRIHATIN
PENGENALAN NUSRAH PRIHATIN
Pada 21 Ogos 2016 Nusrah Prihatin didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Nusrah Prihatin Terengganu dengan nombor pendaftaran PPM-002-11-21082016.
Nusrah Prihatin bergiat aktif dalam mengendalikan Program Wakaf Telaga, Wakaf Quran, Wakaf Qurban, Wakaf Aqiqah, Wakaf Pembinaan Tempat Wudhuk dan Pembinaan Surau di negara minoriti Muslim seperti Kemboja dan Afrika.
Selain itu, Nusrah Prihatin juga turut menganjurkan program-program kemasyarakatan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan melalui Nusrah4Ummah seperti bantuan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf, orang tua, ibu tunggal dan mereka yang tak berkemampuan serta terjejas.
Sijil Pendaftaran Pertubuhan Kebajikan Nusrah Prihatin Terengganu
Nombor pendaftaran PPM-002-11-21082016
Ayuh sertai Tim NUSRAH PRIHATIN, mengambil peluang ini untuk kita di Malaysia berwakaf salurkan air bersih buat anak-anak & Keluarga Muslim jauh di Afrika sana.
Hadiahkan Pahala Wakaf Buat Ibu Bapa & Kenalan Kita
Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk: Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan
أفضل الصدقة سقي الماء
Antara sedekah yang paling baik adalah memberi minum air
[HR Ahmad]
APA KATA PEWAKAF??
Bagaimana Nak Berwakaf?
Untuk Tabung Jemaah Hamba Allah ini saya buka untuk sumbangan wakaf Serendah RM50.
Penama yang tertera di plat telaga wakaf ialah: JEMAAH HAMBA ALLAH
Kami doakan selagi mana AIR TELAGA YANG MENGALIR digunakan untuk keperluan harian, makan minum, serta beribadat, oleh penduduk di Afrika sana, selagi itu dicatat pahala buat anda yang sama-sama salurkan sumbangan untuk wakaf telaga ini. Amin Allahumma Amin.
Nota Penting: Akad Wakaf JEMAAH HAMBA ALLAH
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan sumbangan wakaf telaga di Afrika/Kemboja bawah penama JEMAAH HAMBA ALLAH yang dikelola oleh Nusrah Prihatin”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.